Masjid Kampung Sg Bedaun siap Mac tahun depan
AHMAD MARZUK (tiga kanan) melihat tapak pembinaan Masjid Sg Bedaun yang dijangka siap Mac tahun hadapan.

Masjid Kampung Sg Bedaun siap Mac tahun depan

PROJEK pembinaan Masjid Kampung Sungai (Sg) Bedaun yang bernilai RM8.6 juta dijangka siap pada Mac tahun depan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Marzuk Shaary berkata, projek pembinaan Masjid Kampung Sg bedaun tertangguh selama hampir dua bulan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Projek masjid ini merupakan salah satu projek pembangunan yang dihentikan dari 18 Mac hingga 20 Mei yang lalu.

“Walaupun begitu, projek ini akan disiapkan tahun depan, dan kami akan memberi keutamaan kepadanya,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Masjid Kampung Sg Bedaun mampu menapung kapasiti lebih kurang 1,000 jemaah dalam satu masa.

Terdahulu, Ahmad Marzuk mengadakan lawatan ke tapak pembinaan tersebut pada hari ini bagi meninjau kerja- kerja pembinaan masjid tersebut. – WILAYAHKU

AHMAD MARZUK melihat lakaran masjid yang boleh menempatkan 1,000 jemaah pada satu-satu masa.

CATEGORIES