Selera

Masak Lemak Salai Cili Api Ala Negeri Sembilan

Kuala Lumpur|||||MASAK Lemak Salai Cili Api yang sedap dan murah
- Diterbit 10 November 2020 5:00 AM MYT

PENDUDUK Bandar Seri Permaisuri, Kuala Lumpur dan sekitarnya  boleh berkunjung ke Gerai D’Permaisuri  Salai jika mahu makan masak lemak salai cili api ala Negeri Sembilan.

Jangan tidak tahu, di tengah-tengah Kuala Lumpur, gerai  yang wajib anda singgah ini menjual masak lemak cili api ayam, daging, itik dan siput sedut.

GERAI D’Permaisuri  Salai diusahakan oleh Rosli Manah (Kiri) dan Nor Sidek di Bandar Permaisuri, Kuala Lumpur

D’Permaisuri Salai ini dimiliki oleh bekas pengarang Kumpulan Utusan iaitu Mohd Rosli Manah,52, dan Nor Sidek Ismail, 54. 

“Bagi pelanggan yang mahu merasai masak lemak cili api ala Negeri Sembilan, sudi-sudikanlah berkunjung ke gerai kami.

“Jangan risau, tahap kepedasannya boleh dimakan oleh semua peringkat umur. Sepanjang empat bulan berniaga di sini, alhamdulillah, makanan kami digemari seisi keluarga,” kata Rosli Manah yang menganggap perniagaan kecil ini satu pengalaman baru buatnya.

MASAK Lemak Salai Cili Api yang sedap dan murah

Sementara itu, Sidek pula berkata, para pelanggan yang datang ke sini boleh selesaikan banyak perkara dalam satu masa.

“Gerai kami berhampiran pusat kemudahan Bandar Seri Permaisuri atau one stop centre. Kalau anda ada urusan di sini, bolehlah merasa masak lemak salai cili api kami.

“Apa yang menarik, kami sedang memberi harga istimewa iaitu set bajet iaitu nasi putih, daging salai masak lemak cili api, timun,ikan masin dan sambal belacan hanya dengan harga RM5,” katanya lagi.

Apa lagi? Jangan lupa singgah di gerai D’Permaisuri Salai, Bandar Seri Permaisuri (berhadapan restoran Burger King), Kuala Lumpur. 

Sebarang info lanjut atau tempahan boleh layari Facebook Rosli Manah & Nor Sedek. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas