Berita

Mangsa kebakaran terima sumbangan YWP

ZAIZALNIZAM (tengah, depan) bersama ketua keluarga yang menerima sumbangan bantuan kebakaran. ZAIZALNIZAM (tengah, depan) bersama ketua keluarga yang menerima sumbangan bantuan kebakaran.
- Diterbit 13 Februari 2021 7:33 AM MYT

SUSULAN kebakaran dua unit kediaman di Flat Sri Sabah, Taman Kobena Cheras, Kuala Lumpur pada 4 Februari lalu, Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) tampil menghulurkan sumbangan wang tunai kepada mangsa terlibat.

Difahamkan, penerima iaitu ketua isi rumah, masing-masing menerima bantuan keseluruhan
yang berjumlah RM500.

Peruntukan itu diberikan di bawah kluster Bahagian Pembangunan Komuniti, Bantuan Khas YWP.

Penyerahan bantuan bencana kebakaran dilakukan Ketua Pegawai Eksekutif YWP, Datuk Zaizalnizam Zainun di Blok 64, Perumahan Awam Sri Sabah pada 9 Februari lalu.

Kebakaran yang berlaku pada 4 Februari lalu mengakibatkan kedua-dua unit rumah mangsa di tingkat 2 dan 3 musnah.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Armdan Mahat memaklumkan, kebakaran dapat dikawal pada pukul 4.20 pagi dan punca kejadian masih dalam siasatan

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas