Artikel

Malindo Air sambung penerbangan ke Lahore

PENUMPANG kini boleh melakukan penerbangan ke Lahore menggunakan Malindo Air.
PENUMPANG kini boleh melakukan penerbangan ke Lahore menggunakan Malindo Air.
- Diterbit 19 Julai 2019 1:50 AM MYT

KUALA LUMPUR – Syarikat penerbangan tambang murah, Malindo Air akan menyambung semula perkhid­matan penerbangannya Lahore, Pakistan selepas negara itu memutuskan untuk membuka semula ruang udaranya bermula pada 18 Julai lalu.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan syarikat penerbangan itu berkata, penumpang yang memiliki tiket sah ke dan dari Lahore, dikeluarkan pada atau sebelum 16 Julai bagi perjalanan antara 28 Februari 2019 hingga 18 Julai 2019 kini mempunyai pilihan untuk menukar tarikh perjalanan masing-masing tertakluk kepada syarat tertentu.

Sebelum ini, Malindo Air melakukan penerbangan pergi dan balik dari Kuala Lumpur ke Lahore lima kali seminggu.

Kata kenyataan itu lagi, penumpang dinasihatkan menyemak status penerbangan mereka di www.malindoair.com atau menghubungi Pusat Panggilan Malindo Air di talian +603-7841 5388.

Mereka juga boleh ke kaunter tiket syarikat penerbangan itu untuk mendapatkan jadual penerbangan terkini.

Media melaporkan Pakistan telah menarik balik semua larangan pengguna­an ruang udaranya bagi penerbangan awam sekali gus membuka semula koridor transit udara utama di wilayahnya setelah hampir lima bulan ditutup berikutan ketegangan ketenteraan dengan India.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas