Berita

Mali: Semakin ramai kanak-kanak dieksploitasi dalam aktiviti keganasan

- Diterbit 26 Januari 2021 11:17 AM MYT

TENTERA Mali mendapati terdapat peningkatan kanak-kanak dikerahkan terlibat dalam aktiviti keganasan di wilayah Sahel, lokasi pertempuran antara kumpulan pemberontak dengan misi memerangi pengganas, lapor Agensi Berita Sputnik.

“Penggunaan tentera kanak-kanak oleh #GAT (kumpulan pengganas bersenjata) kini menjadi amalan biasa. Ini dibuktikan dalam pertempuran baru-baru ini, #FAMa (Angkatan Bersenjata Mali) dan pasukan bantuan mereka telah membuat pemantauan mengenai kerahan tentera kanak-kanak,” tweet tentera pada Isnin.

Pasukan Keselamatan Mali terlibat dalam operasi Barkhane memerangi pengganas diketuai Perancis. Ia dilancarkan pada 2014 untuk memerangi kumpulan pengganas yang telah membawa wilayah itu ke dalam kancah krisis keselamatan.

Misi itu disertai 5,000 anggota di bawah kerjasama Perancis dengan tentera negara anggota Blok G5-Sahel, termasuk Mali, Burkina Faso, Chad, Mauritania dan Niger. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas