MALBATT 850-6 dalam keadaan selamat

MALBATT 850-6 dalam keadaan selamat

PUTRAJAYA – Kumpulan pertama pasukan pengaman Batalion Malaysia 850-6 (MALBATT 850-6) yang berlepas ke Lubnan bagi menyertai misi Pasukan Interim (UNIFIL) selama setahun berada dalam keadaan terkawal dan selamat.

Wisma Pertahanan dalam satu kenyataan memaklumkan, serangan balas roket dan tembakan artileri tentera Israel pada pukul 4 petang waktu tempatan, 1 September lalu tidak melibatkan kawasan tanggungjawab penugasan MALBATT 850-6 sebaliknya hanya memberi kesan kepada petugas UNIFIL yang berada di sempadan Israel-Selatan Lubnan (Blue Line).

“Walaubagaimanapun, pihak Markas UNIFIL telah mengeluarkan arahan untuk semua batalion negara-negara terlibat termasuk Malaysia melalui pasukan MALBATT 850-6 berada dalam keadaan berjaga-jaga dan sentiasa bersedia untuk sebarang kemungkinan,” kata kenyataan itu.

Sebelum ini, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu menyatakan penglibatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam melaksanakan misi di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan merupakan pengiktirafan dan kepercayaan masyarakat antarabangsa terhadap pasukan keselamatan Malaysia.

Penghantaran pasukan MALBATT 850-6 ke Lubnan dilakukan secara empat peringkat iaitu 6, 13, 20 dan 27 September tahun lalu.

Ia membabitkan keseluruhan 850 anggota tentera termasuk 30 orang dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan seorang kakitangan Kementerian Pertahanan

Bagi kumpulan pertama, pasukan dianggotai 215 anggota dengan diketuai Komander MALBATT 850-6,Kolonel Azhan Md Othman. WILAYAHKU

CATEGORIES
TAGS