Artikel

Malaysia yakin kuasai acara terjun Sukan SEA 2019

PAUL BROOKER (dua kanan) bersama penerjun negara.
HULU LANGAT, 20 Mac -- J PAUL BROOKER (dua kanan) bersama penerjun negara.urulatih Sukan Terjun Lelaki Christoper Brooker (dua, kanan) bersama Atlet Sukan Terjun Lelaki (dari kiri) Ahmad Amsyar Azman, Chew Yiwei dan Ooi Tze Liang ketika Sidang Media Persediaan Atlet Podium Ke Sukan Komenwel di Institut Sukan Negara hari ini.
- Diterbit 17 Ogos 2019 6:03 AM MYT

KUALA LUMPUR – Jurulatih terjun negara, Christian Paul Brooker menggesa anak-anak buahnya menyapu bersih keempat-empat acara yang ditawarkan dalam Sukan SEA di Filipina dari 30 November hingga 11 Di­sember ini.

Katanya hanya empat pingat emas akuatik terjun yang tinggal di New Clark City nanti iaitu 3 meter papan anjal individu dan 3 meter papan anjal seirama (lelaki dan wanita), jauh berkura­ngan dengan 13 acara ketika Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

“Kami akan menguasai kesemua acara itu walaupun Singapura, Indonesia dan Thailand tampak mulai meningkat. Malaysia jelas masih yang lebih baik (di rantau Asia Tenggara),” katanya pada sidang akhbar Pasukan Malaysia ke Sukan SEA 2019 di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil baru-baru ini.

Tambah Brooker, pihaknya tidak akan menghantar penerjun yang difikirkan hanya mampu meraih perak malah cukup yakin bahawa skuad negara memiliki tiga penerjun terbaik dalam kesemua acara di Clark.

“Saya belum tetapkan siapa penerjun dalam acara mana bagi Sukan SEA. Hanya sebulan sebelum temasya itu, saya boleh putuskannya,” katanya yang dalam persediaan beberapa acara pemanas badan.

Medan pemilihan yang menanti mereka ialah Terjun Piala Asia A (ADC) di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil dari 6 hingga 8 September dan Grand Prix FINA di Gold Coast (8 hingga 10 November), Bukit Jalil (15 hingga 17 November) dan Singapura (22 hingga 24 November).

“Ada beberapa bulan lagi sebelum Sukan SEA. Pertandingan men­jelangnya juga amat penting dalam menyediakan penerjun,” katanya.

Brooker merujuk kepada ADC, kejohanan benua yang turut menjadi medan kelayakan penerjun negara ke Sukan Olimpik 2020 dengan difahamkan, hanya juara acaranya yang dijamin tiket temasya itu.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas