Selebriti

Majlis Nikah JOE FLIZZOW, MARINI Ikut SOP

kini sah sebagai suami isteri. Semoga kekal bahagia hingga ke syurga.
- Diterbit 26 Jun 2020 10:02 PM MYT

TAHNIAH buat komposer dan penyanyi hip-hop popular, Joe Flizzow dan Marini Ramlan yang kini sah sebagai suami isteri pada hari Jumaat (26 Jun 2020).

Menurut Joe atau nama sebenarnya Johan Ishak, 41, perancangan asal mahu bernikah pada April lalu, namun majlis tersebut ditangguhkan kerana pandemik Covid-19 yang melanda negara dan seluruh dunia.

Apa yang menarik dan patut dicontohi oleh semua pasangan lain yang mahu mendirikan rumah tangga, majlis pernikahan berlangsung Joe dan Marini tetap mengikut prosedur operasi standard (SOP) demi kebaikan semua.

JOE Flizzow yang mula serius bercinta dengan Marini pada 2016, kini sah sebagai suami isteri. Semoga kekal bahagia hingga ke syurga.

Pengantin lelaki menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang dengan emas kahwin RM80. Manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan.

Pasangan pengantin mengenakan busana tenun Pahang berwarna krim.

Foto majlis nikah pasangan bahagia ini turut dikongsi pengantin perempuan menerusi laman instagramnya (ninimarini_).

Fazura, Tiz Zaqyah, Mimi Fly, Anis Nabilah adalah antara selebriti yang meninggalkan ucapan tahniah di ruangan komen 

Berkenalan sejak 15 tahun lalu, Joe dan Marini mula menjalin hubungan serius pada 2016. Pasangan ini bertunang pada 28 Disember tahun lalu.

-Joe yang juga bekas anggota Too Phat popular dengan lagu Apa Khabar dan Havoc.- WILAYAHKU

Foto instagram @ninimarini_ dan @misdeeds

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas