Berita

MAIWP berjaya bina 12 buah rumah asnaf sepanjang lima tahun

MARZUK (tiga dari kiri) menyerahkan replika kunci rumah baharu menerusi Skim Bantuan Rumah MAIWP kepada Abdul Gani (lima dari kanan). MARZUK (tiga dari kiri) menyerahkan replika kunci rumah baharu menerusi Skim
- Diterbit 5 Jun 2022 7:00 AM MYT

SEBANYAK 12 buah rumah berjaya dibina untuk golongan asnaf di pulau ini dalam tempoh lima tahun yang membabitkan peruntukan sebanyak RM810,000.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata pembinaan rumah itu adalah bantuan yang disediakan oleh MAIWP menerusi Skim Bantuan Membina Rumah.

Katanya, sepanjang tempoh itu juga pihaknya telah berjaya membaik pulih sebanyak 24 buah rumah asnaf yang membabitkan peruntukan RM779,915.

“Kerajaan melalui MAIWP akan terus membantu dan menyalurkan bantuan wang zakat dengan sebaik mungkin untuk membantu golongan yang memerlukan.

“Ini adalah komitmen MAIWP untuk memastikan golongan asnaf di Labuan ini dibantu sebaiknya,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Kunci Rumah Baharu Kepada Asnaf di Kampung Ganggarak, baru-baru ini.

Beliau turut berkesempatan menyantuni dan menyampaikan bantuan peralatan perubatan dan bantuan kewangan kepada dua keluarga asnaf di Kampung Sungai Bedaun dan Kampung Tanjung Aru.

Hadir sama, Pengurus MAIWP Labuan, Fadzli Md Saad dan beberapa pemimpin masyarakat setempat. -WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas