Lensa

Mahakarya digital di hutan batu

REKA bentuk yang unik menjadikannya lokasi tumpuan penggemar fotografi landskap. REKA bentuk yang unik menjadikannya lokasi tumpuan penggemar fotografi landskap.
- Diterbit 4 Oktober 2020 2:30 AM MYT

BANDAR raya Kuala Lumpur seringkali dibayangkan sebagai sebuah kota yang sibuk dengan aktiviti ekonomi, sesak dengan kenderaan malah diberikan
jolokan ‘hutan batu’.

Dalam pada kepesatan pembangunan yang tidak pernah berhenti, terdapat banyak sudut yang indah menghiasi kota yang tidak pernah tidur ini seperti
Taman Tasik Titiwangsa, Taman Tasik Danau Kota, Taman Botani dan beberapa kawasan yang kita tidak sangka ada untuk dinikmati oleh pancaindera.

Setiap sudut Kuala Lumpur sebenarnya boleh divisualkan menjadi sebuah mahakarya menggunakan lensa kamera bila diolah menggunakan kreativiti dan kemahiran masing-masing.

Dalam ruangan LENSA kali ini, WilayahKu memaparkan beberapa keping foto hasil eksplorasi dan bidikan oleh jurugambar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Fairuz Mustaffa, yang ingin berkongsi keindahan panorama ibu kota yang menggabungkan estetika senibina dan kehijauan alam untuk pembaca
akhbar ini.

Tidak lupa juga kepada pembaca yang ingin berkongsi gambar-gambar
yang menarik di sekitar kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
Putrajaya dan Labuan siap berserta penulisan atau kapsyen ringkas,
anda boleh menghantarnya ke email [email protected]
Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas