Berita

Mahadi tinjau kerja penyelenggaraan Taman Tasik Kepong

MAHADI (tengah) mendengar penerangan mengenai kerja-kerja penyelenggaraan Taman Tasik Metropolitan Kepong dalam lawatannya baru-baru ini.
- Diterbit 5 November 2022 1:00 AM MYT

TINJAU. Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah meninjau sendiri perancangan dan pelaksanaan kerja-kerja di Taman Tasik Metropolitan yang kini diselenggara dan ekoran aduan orang ramai berkenaan pencemaran bau.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga sedang menjalankan kerja-kerja pembersihan secara manual iaitu membuang lumut-lumut yang terapung dan membersihkan sampah sarap yang terdapat di dalam tasik dan turut memasang tiga alat pengudaraan serta beberapa tindakan lain bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Di antara langkah penyelesaian yang diatur adalah membuat pemasangan tambahan sistem pengudaraan tasik (lake floating aerators), pembersihan dan pembaikan sistem perparitan dan saluran pembetungan serta pembinaan saluran baru bagi outlet berkaitan perangkap sisa makanan dan minyak ke tempat baru yang lebih bersesuaian. -WILAYAHKU 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas