Berita

Lok-U hembus nafas terakhir selepas berjoging

LOK-U
KEHILANGANNYA dikongsi penggiat muzik tanah air.
- Diterbit 22 Januari 2020 5:04 AM MYT

KUALA LUMPUR – Pengarah muzik popular, Faizal Uzir atau lebih dikenali dengan panggilan Lok-U menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 10 pagi tadi.

Difahamkan Allahyarham yang berusia 47 tahun mengalami sesak nafas di kediamannya yang terletak di Puncak Jalil sejurus pulang daripada berjoging.

Jenazah masih menjalani proses bedah siasat di Hospital Serdang dan akan dibawa pulang ke kediamannya untuk penghormatan terakhir sebelum dikebumikan.

Lok-U meninggalkan balu, Jamariah Yusof dan empat orang cahaya mata Faris Danial, Ahmad Firhan Danial, Adam Danial dan Yasmin Damia.

Allahyarham adalah antara pemuzik hebat dalam kalangan penggiat seni dan sering mengiringi persembahan program hiburan reality di stesen-stesen televisyen. -WILAYAHKU.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas