Berita

LIMA MENU DIET SIHAT

|||||
- Diterbit 11 September 2021 4:00 AM MYT

BAGI yang berdiet dan penggemar sayur-sayuran, sama ada dicelur atau dimakan mentah dengan dressing bersesuaian, kombinasi sayur yang lazat dan rangup pasti mengenyangkan anda.

Edisi kali ini Wilayahku kongsikan idea menu diet sihat buat mereka si pengamal diet. Sekejap je dah siap! Cuba tau.

HO CHI MINH SPRING ROLL

BAHAN-BAHAN

170 gram suun dicelur

6 ekor udang dicelur

12 keping kulit popia dicelur

BAHAN INTI

1/2 kubis Cina dihiris halus

200 gram lobak merah dihiris halus

200 gram timun dihiris halus

200 gram saderi dihiris halus

200 gram salad Cina dihiris halus

50 gram parsli Cina dihiris halus

50 gram selasih Thai sehelai-helai

50 gram daun ketumbar dihiris halus

50 gram taugeh

BAHAN SOS

1/2 sudu teh sos ikan

1/4 sudu teh gula

1 ulas bawang putih

2 biji cili padi

Air panas secukupnya

CARA PENYEDIAAN

  1. Celur suun dalam air mendidih dan terus tos. Kemudian celurkan udang dalam air mendidih sehingga masak. Kulit popia direndam air biasa hingga lembut.
  2. Kemudian sediakan dan susun bahan inti di dalam dulang.
  3. Susun dan tebarkan kulit popia letakkan 2 ekor udang sedikit suun, daun selasih, taugeh, lobak merah, saderi, daun ketumbar dan salad cina dalam setiap popia. Biarkan sedikit ruang kosong di kedua hujung kulit popiah untuk membalut.
  4. Gulung atau balut ikut kreativiti anda.
  5. Di dalam mangkuk kecil campurkan sos ikan, air panas, bawang putih, gula dan cili padi. Jika suka anda boleh masukkan kacang tumbuk.

KERABU DIY THE PEARL

BAHAN-BAHAN

1 biji mangga muda dihiris

1 batang lobak merah dihiris

1 batang timun dihiris

10 tangkai cili padi hiris halus

1 biji bawang merah

1 biji jus limau nipis

Gula secukup rasa

Garam secukup rasa

2 sudu makan sos ikan

1 sudu kacang tumbuk

10 gram suhu direndam lembut

Udang kering

Kelapa parut

CARA PENYEDIAAN

  1. Kupas mangga muda, kemudian rendam dalam air 15 minit untuk membuang getahnya. Toskan dan hiris halus.
  2. Masukkan ke dalam mangkuk bersama hirisan bawang dan lobak merah. Gaul rata. Ketepikan.
  3. Satukan sos ikan, gula, bawang putih, cili padi dan jus limau nipis dalam mangkuk, kacau rata-rata dan masukkan dalam mangkuk berisi mangga hiris dan bahan-bahan lain. Gaul rata.
  4. Tambah kacang tanah dan udang kering, gaul lagi dan sesuaikan rasa.
  5. Kerabu mangga siap dihidangkan.

AVOCADO SALAD WITH TURKEY HAM

BAHAN-BAHAN

1 biji avocado dihiris panjang

1/2 sudu kecil lada hitam hancur

500 gram salad campur dihiris panjang

1 biji lada benggala dihiris panjang

1 biji bawang Holland dihiris panjang

2 keping ham ayam belanda

1/2 sudu kecil minyak zaitun

CARA PENYEDIAAN

  1. Panggang ham ayam belanda separuh masak sahaja.
  2. Masukkan kesemua bahan yang dihiris panjang dan taburkan lada hitam, Gaul rata.
  3. Gaulkan pula dengan minyak zaitun.

URAP PEGAGA SELOM DAN TAUGEH

BAHAN-BAHAN

1 kg taugeh

1 kg daun pegaga dihiris kasar

1 kg daun selom dihiris kasar

40 sudu makan udang kering dikisar halus

50 sudu makan cekur dikisar halus

100 biji bawang besar dikisar halus

40 biji bawang putih dikisar halus

100 tangkai cili kering direbus dan dikisar

1 kg kelapa parut

Garam secukup rasa

Gula secukup rasa

CARA PENYEDIAAN

  1. Tumis bahan kisar hingga naik bau dan wangi, masukkan kelapa parut dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  2. Sejukkan bahan tumis seketika.
  3. Sementara itu masukkan semua bahan hirisan di dalam mangkuk besar.
  4. Kemudian masukkan bahan urap yang telah disejukkan tadi.
  5. Gaul rata dan sedia dihidangkan.

ROJAK BETIK

BAHAN ROJAK

1/2 biji betik muda diparut

1/2 biji nenas dihiris nipis

1 biji timun dihiris nipis

BAHAN KUAH

6 ekor ikan kembung direbus dan dikisar

750 ml air

3 sudu makan cuka

2 ketul gula melaka

5 ½ sudu makan cili boh

5 sudu makan gula

2 sudu makan belacan

6 biji cili padi

Garam secukup rasa

CARA PENYEDIAAN ROJAK

  1. Parut betik dan rendam di dalam bekas berisi air.
  2. Hancurkan kapur makan dgn sedikit air. Tapiskan dan masukkan dalam rendaman betik.
  3. Rendam 15 minit, bilas dan toskan.
  4. Hiris nipis timun dan nenas.

CARA PENYEDIAAN KUAH

  1. Masukkan ikan yang telah ditumbuk lumat isinya ke dalam periuk.
  2. Kemudian ambil periuk lain dan masukkan kesemua bahan dan masak sehingga mendidih.
  3. Cedukkan 2 atau 3 senduk kuah tu ke dalam isi ikan yang ditumbuk dan gaul sebati. Kemudian barulah tuang isi ikan ke dalam periuk kuah dan biarkan mendidih.
  4. Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa.
  5. Tuangkan kuah ke atas bahan rojak. Rojak betik sedia dinikmati. – WILAYAHKU –
Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas