Berita

LIMA IDEA MASAKAN HOMEMADE SESUAI MAKAN DARI PAGI HINGGA MALAM

|||||
- Diterbit 14 Ogos 2021 2:00 AM MYT

MASAKAN ibu tentunya yang terbaik. Ada yang bercadang nak buat makan-makan dan tercari-cari menu sedap tapi mudah masak untuk keluarga sempena cuti minggu? Ini antara menu-menu masakan yang sesuai disediakan dan boleh dijadikan sajian istimewa keluarga dari pagi hinggalah malam. Semuanya sangat sedap, mudah dan membuka selera. Selamat mencuba!

NASI DAGING

BAHAN-BAHAN

1 kg daging

1 kg beras Basmati

1.5 kg air

½ tin susu cair

2 sudu makan rempah kurma

2 sudu makan minyak masak

1 sudu makan minyak sapi

1 kiub pati daging

1 helai daun pandan

2 biji tomato

Garam secukup rasa

BAHAN REMPAH PENUMIS

1 batang kulit kayu manis

5 kuntum bunga cengkih

2 kuntum bunga lawing

5 biji buah pelaga

 BAHAN HIRIS

1 biji bawang besar

3 ulas bawang putih

3 cm halia

BAHAN AIR ASAM

10 biji cili merah

10 biji cili padi

30 gram belacan

Ikan bilis

Gula

Garam

2 biji tomato

2 biji bawang besar

2 sudu makan kerisik

1 cawan air rebusan daging

1 sudu makan pes asam jawa

1 sudu makan sos cili

1 sudu makan sos tomato

CARA PENYEDIAAN

  1. Panaskan minyak sapi dan minyak masak dalam periuk. Tumis rempah penumis dan bahan hiris hingga wangi.
  2. Masukkan rempah kurma. Kacau rata dan masukkan sedikit air. Kacau hingga pecah minyak.
  3. Masukkan beras yang telah ditoskan. Kacau seketika bersama daun pandan.
  4. Masukkan separuh dari hirisan daging, air rebusan daging, susu cair, kiub pati daging dan tomato. Perasakan dengan garam secukup rasa.
  5. Pindahkan periuk ke dalam rice cooker dan masak seperti biasa.
  6. Untuk menyediakan air asam, satukan semua bahan dan kacau rata.
  7. Hidangkan bersama nasi daging.

SATE DAGING GORENG

BAHAN-BAHAN

1 kg daging hiris kecil dan nipis

200 gm kacang tanah

½ cawan gula

Garam secukup rasa

Minyak masak

BAHAN KISAR

20 tangkai cili kering

10 ulas bawang merah

5 ulas bawang putih

3 cm halia

4 batang serai

2 cm lengkuas

1 sudu makan serbuk kunyit

1 sudu teh serbuk jintan manis

1 sudu teh serbuk jintan putih

CARA PENYEDIAAN

  1. Cuci daging bersih-bersih dan toskan airnya.
  2. Masukkan daging ke dalam mangkuk bersama bahan kisar, garam, gula dan kacang tanah. Gaul rata dan sebati.
  3. Tutup bekas daging dan perap semalaman dalam peti sejuk.
  4. Apabila sedia untuk dimasak, keluarkan dari peti sejuk dan biarkan pada suhu seketika.
  5. Panaskan minyak masak dalam kuali non-stick, goreng sate guna api sederhana. Bila masak, angkat dan tapis sate tadi bagi membuang lebihan minyak.
  6. Jika sate agak kering semasa dimasak, masukkan air perapan daging dengan secukupnya.
  7. Masakan istimewa ini sedia untuk dihidangkan.

BUBUR CANDIL PANDAN

BAHAN-BAHAN

600 ml santan pekat

200 gm tepung gandum

250 gm gula

250 air perahan daun pandan

2 helai daun pandan

Secubit garam

CARA PENYEDIAAN

  1. Uli tepung gandum bersama air perahan daun pandan sehingga menjadi doh yang agak lembut.
  2. Bentukkan doh menjadi bebola kecil atau lonjong atau mengikut bentuk yang diingini.
  3. Celur doh sehingga ia menjadi lembut kemudian toskan.
  4. Di dalam periuk yang berlainan, satukan santan, gula dan daun pandan. Didihkan sehingga ia hampir mendidih.
  5. Masukkan doh candil yang telah direbus terlebih dahulu berserta secubit garam. Didihkan lagi untuk beberapa minit sehingga semua bahan menjadi sebati.

BUBUR JAGUNG SAGU

BAHAN-BAHAN

200 gram jagung

100 gram sagu

700 ml santan

250 gram gula melaka

100 gram gula

2 helai daun pandan

CARA PENYEDIAAN

  1. Satukan separuh santan bersama jagung, gula melaka, gula dan daun pandan.
  2. Didihkan sehingga gula menjadi hancur dan jagung menjadi lembut.
  3. Masukkan separuh lagi santan dan sagu.
  4. Didihkan hingga semua bahan sebati dengan menggunakan api yang kecil.

BUBUR PULUT HITAM

BAHAN-BAHAN

600 ml santan

250 gram pulut hitam

250 gram gula

2 helai daun pandan

Secubit garam

CARA PENYEDIAAN

  1. Rendam pulut hitam di dalam periuk selama sejam kemudian rebus sehingga ia menjadi empuk.
  2. Di dalam periuk, satukan santan, gula, dan daun pandan. Didihkan sehingga ia hampir mendidih.
  3. Masukkan pulut hitam dan secubit garam.
  4. Didihkan lagi sehingga semua bahan menjadi sebati.
Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas