Berita

LHDN Kuala Lumpur juara Kejohanan Futsal Tertutup SHWP 2023

PASUKAN LHDN Kuala Lumpur meraikan kemenangan selepas
- Diterbit 3 Mac 2023 3:27 AM MYT

PASUKAN Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Kuala Lumpur muncul juara keseluruhan pada Kejohanan Futsal Tertutup Kakitangan Awam Dan Agensi 2023 yang diadakan bersempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan (SHWP) baru-baru ini.

LHDN Kuala Lumpur berjaya membawa pulang wang tunai bernilai RM2,000 bersama piala iringan dan naib johan iaitu Cawangan Pengawal Pengiring Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPK KL) mendapat RM1,500, manakala pemenang tempat ketiga, JAKIM FC dan keempat, KKM Selangor pula masing-masing membawa hadiah RM1,000 dan RM500.

Kejohanan anjuran Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) pada kali ini berjaya menarik minat sebanyak 32 pasukan yang merangkumi seramai 256 peserta mewakili kakitangan awam dan agensi di Wilayah Persekutuan.

Lebih menarik, terdapat pelbagai aktiviti sampingan dijalankan termasuk pertandingan sepakan penalti; standing broad jump; juggling ball; cabutan bertuah serta jualan food truck buat para peserta.

Terdahulu, majlis penyampaian hadiah tersebut disempurnakan oleh Presiden Perbadanan Putrajaya, Datuk TPr Fadlun Mak Ujud; Setiausaha Bahagian Perbandaran Dan Khidmat Teknikal Jabatan Wilayah Persekutuan, Wan Ashbi @ W Maheran Leman dan Timbalan Pengarah MSWP, Nabilah Zakaria. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas