Berita

LGC anjur Kejohanan Golf Amatur Terbuka 2022, selepas dua tahun tertangguh

GAPILIN (tengah) bersama jurulatih LGC menunjukkan piala kejohanan yang bakal dimenangi oleh juara Kejohanan Golf Amatur Lelaki dan Wanita Labuan 2022 pada 17 Jun ini. GAPILIN (tengah) bersama jurulatih LGC menunjukkan piala kejohanan yang bakal dimenangi
- Diterbit 22 Mei 2022 8:00 AM MYT

KELAB Golf Labuan (LGC) bakal menganjurkan Kejohanan Golf Amatur Lelaki dan Wanita Labuan 2022 pada Jun ini selepas dua tahun ditangguhkan susulan pandemik COVID-19.

Menurut Presidennya, Datuk Gapilin Nasaruddin, pihaknya menyasarkan sebanyak 112 penyertaan iaitu bagi kategori wanita sebanyak 20 penyertaan dan 92 penyertaan bagi kategori lelaki.

Katanya, kejohanan yang berlangsung selama tiga hari bermula pada 17 Jun ini merupakan kejohanan pertama yang dianjurkan oleh pihaknya setelah dua tahun tidak mengadakan sebarang penganjuran kejohanan susulan pandemik COVID-19.

“Kali terakhir kita mengadakan kejohanan ini pada dua tahun lalu dan pada tahun 2020, 2021 kita terpaksa menangguhkan penganjuran ini susulan pandemik,” katanya pada sidang media pada Majlis Penyampaian Hadiah kepada pemenang kejohanan Hari Raya Golf di LGC, baru-baru ini.

Gapilin berkata, setakat ini pihaknya telah menerima sebanyak 72 penyertaan dan menyasarkan mencapai jumlah keseluruhan penyertaan sebelum 15 Jun ini.

“Setakat hari ini, sebanyak 40 penyertaan yang masih dibuka dan kita harap ianya akan dipenuhi seawal daripada kita sasarkan.

“Kita harap kejohanan ini berjalan lancar seperti yang kita rancangkan,” katanya. -WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas