Berita

Lelaki nyaris maut selepas bertembung forklift

- Diterbit 5 Ogos 2020 2:56 PM MYT

SEORANG lelaki berusia 33 tahun nyaris maut ketika kenderaan miliknya bertembung dengan sebuah jentera pengangkat barang (forklift) di Jalan Patau-Patau, semalam.

Kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 7.45 pagi dan tidak melibatkan sebarang kematian.

Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Muhamad Farid Ahmad berkata, kemalangan melibatkan dua buah kenderaan jenis Toyota Vios dan forklift.

“Hasil siasatan, mangsa sedang dalam perjalanan menuju ke tempat kerja dan sedang melalui lorong kanan jalan namun tiba-tiba forklift yang dipandu seorang lelaki berusia 50 tahun keluar secara melulu dari lorong kiri ke kanan.

“Kedudukan terlalu hampir menyebabkan mangsa tidak dapat mengelak lalu berlaku perlanggaran. Akibat perlanggaran tersebut, kenderaan mangsa terbalik ke arah pembahagi jalan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Tambah beliau, kedua-dua pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan serius dan hanya mengalami kencederaan ringan.

“Kes disiasat di bawah Perkara 10 LN 16/59 (Road Traffic Rule 1959). – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas