Berita

Lelaki bergelar Datuk, rakan direman dua hari

||
- Diterbit 15 Januari 2021 5:17 AM MYT

SEORANG lelaki bergelar ‘Datuk’ dan rakannya direman dua hari mulai hari ini kerana disyaki terlibat dalam kes pukul serta ugut seorang lelaki di sebuah restoran di Tropicana Avenue, Petaling Jaya dekat sini Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata perintah tahanan reman sehingga esok ke atas suspek masing-masing berumur 42 dan 39 tahun itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Siti Mazrah Mohamad di Mahkamah Petaling Jaya hari ini.

Semalam, Bernama melaporkan kedua-dua suspek yang juga ahli perniagaan didakwa berada dalam keadaan mabuk ketika kejadian dan disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan dan Seksyen 506 kanun yang sama kerana ugutan jenayah.

Siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila suspek berang ditegur seorang pelanggan di restoran berkenaan kerana bercakap dengan nada suara yang tinggi. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas