Artikel

Latihan COMBI cegah denggi di tapak binaan

PESERTA-PESERTA latihan COMBI anjuran PKD Daerah Kepong bergambar pada sesi latihan di tapak pembinaan United, Kepong baru-baru ini.
PESERTA-PESERTA latihan COMBI anjuran PKD Daerah Kepong bergambar pada sesi latihan di tapak pembinaan United, Kepong baru-baru ini.
- Diterbit 23 Ogos 2019 5:25 AM MYT

LATIHAN. Pejabat Kesihatan Daerah Kepong baru-baru ini mengadakan Latihan Program Komunikasi untuk Perubahan Tingkah Laku (COMBI) di tapak binaan Peringkat Pejabat Kesihatan Daerah Kepong.

Latihan itu diadakan untuk mendidik pekerja-pekerja industri binaan dan kesihatan dalam kempen mencegah denggi di tempat-tempat pembinaan.

Program yang diadakan di tapak pembinaan United Point itu turut melibatkan sesi latihan mencari dan memusnahkan tempat selain diadakan taklimat mengenai bionomik dan vektor.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas