Berita

Laos dilanda banjir terburuk dalam tempoh 42 tahun

- Diterbit 22 Oktober 2020 3:39 AM MYT

HUJAN berterusan menyebabkan lapan daerah di wilayah tengah Savannakhet, Loas, dilanda banjir buruk, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

Banjir itu disifatkan yang terburuk pernah melanda sejak 42 tahun tahun, di kawasan bersempadan dengan wilayah Quang Tri, Vietnam.

Sejak 16 Oktober, hujan tidak berhenti mengakibatkan paras air sungai Sekong, Xe Banghieng dan Sepon melimpah menenggelamkan ribuan hektar sawah dan kawasan pertanian, lapor media tempatan memetik Ketua daerah Sepon, Vongsavan Viengmany.

Paras air di tasik hidrokuasa Selanong di daerah Meuang Phin dan Meuang Nong juga berada pada paras bahaya.

Menurut Pusat Meteorologi Laos, hujan lebat diramal berterusan satu atau dua hari lagi di kebanyakan kawasan. BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas