Berita

Lanjutkan PKP atau tidak bergantung nasihat KKM

DATUK SERI ISMAIL SABRI YAAKOB
- Diterbit 9 April 2020 8:57 AM MYT

PUTRAJAYA – Keputusan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilanjutkan atau sebaliknya bergantung kepada nasihat Kementerian Kesihatan (KKM).

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, setakat ini belum ada sebarang perbincangan di Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan PKP.

“Saya pun tidak tahu apa seterusnya dan menyerahkan kepada KKM untuk menasihatkan kerajaan.

“Selagi tiada pengumuman, PKP diteruskan hingga 14 April ini,” katanya dalam sidang akhbar harian di sini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas khabar angin berkenaan PKP sama ada dilanjutkan atau tidak yang diumumkan esok.

Sementara itu, Ismail Sabri menegaskan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Simpang Renggam, Johor yang bermula 26 Mac lalu dilanjutkan sehingga 14 April ini.

Dalam perkembangan berlainan, beliau menjelaskan perbincangan secara terperinci akan dijalankan esok berhubung prosedur standard operasi (SOP) baharu bagi zon sama ada merah, kuning dan hijau untuk PKP.

“Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah mengemukakan SOP tersebut dan Kementerian Kesihatan akan memperincikan mengenai tiga zon itu,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas