Selebriti

“Lakukanlah apa yang patut demi kelangsungan hidup” – NAD ZAINAL

Audela Beauty
- Diterbit 15 Jun 2020 2:10 AM MYT

ISU pengangguran di kalangan masyarakat bukanlah perkara baharu. 

Namun, ia semakin menjadi-jadi apabila wabak Covid-19 yang melanda menyebabkan ekonomi dunia khususnya Malaysia semakin merosot.

Ramai yang kehilangan kerja apabila banyak syarikat menghentikan operasi.

Pelakon popular Nad Zainal turut melahirkan rasa simpati terhadap apa yang berlaku.

“Mahu atau tidak, situasi ini perlu kita lalui dengan tabah. Dalam masa yang sama, lakukanlah apa yang patut demi kelangsungan hidup. 

“Namun kita tidak boleh menunggu tanpa berbuat apa-apa untuk menjana pendapatan. Tetap kena usaha.

“Tidak dinafikan, ramai yang memikirkan bagaimana mahu memulakan bisnes. Saya tahu, ia tidak mudah tetapi sebagai pengasas produk saya sangat menggalakkan mereka buat bisnes. 

NAD Zainal terus maju dalam bisnes produknya, Audela Beauty

“Waktu ini paling sesuai untuk kita menilai semula apakah yang paling utama dalam hidup kita. Mungkin ia memerlukan pengorbanan dari segi mengurangkan perbelanjaan, tetapi lakukanlah sesuatu seperti bisnes untuk menampung apa yang perlu,” luah Nad Zainal yang mengasaskan produk kesihatan dan kecantikan, Audela Beauty.

Nad Zainal atau nama sebenarnya berkaa, banyak bisnes yang sesuai dijalankan dalam waktu sekarang seperti  jual cecair pembasmi kuman, topeng, penghantaran makanan serta barang dan banyak lagi.

“Tiidak dapat dinafikan kita semua  terjejas dan tertekan  dari segi pendapatan sekarang. Kita juga berhadapan dengan masalah bagaimana untuk membuat jualan.

“Tidak lain, kita boleh perkasakan bisnes secara atas talian,”katanya lagi yang sedang menjalani penggambaran drama bersiri Luluh bersama Izzue Islam, Aeril Zafrel dan Ummi Nazeera. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas