Berita

Lake Cabin lokasi santai baharu di Putrajaya

|
- Diterbit 24 Mei 2022 11:40 AM MYT

BAGI anda yang gemarkan aktiviti berbasikal di Putrajaya, Lake Cabin @ Anjung Floria Putrajaya merupakan destinasi wajib singgah.

Baru sahaja dilancarkan pada 27 Mei, premis ini menawarkan perkhidmatan menyewa, menjual dan membaiki selain menempatkan peralatan berkaitan basikal.

Menariknya, di sini juga terdapat sebuah kafe yang sesuai bagi anda yang menggemari budaya kafe dan bersantai.

Pastinya ia mampu menarik pengunjung memandangkan Lake Cabin adalah kerjasama dan perkongsian usahawan muda dari BOX Kuala Lumpur dan Plan A yang popular.

Ia adalah inisiatif Datuk Wira SM Faisal SM Nasimuddin, di bawah #FNInitiative untuk memupuk pertumbuhan di bawah tiga teras iaitu kerjasama/perkongsian, keusahawanan sosial, dan pertumbuhan individu/kolektif.

Jangan ketinggalan untuk mendapatkan diskaun sebanyak 15% ke atas hidangan makanan di Lake Cabin bermula 27 Mei hingga 2 Jun ini. –WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas