Berita

Lajim Ukin meninggal dunia

- Diterbit 29 Ogos 2021 3:59 AM MYT

PENGERUSI Eksekutif Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Datuk Seri Lajim Ukin, 66 meninggal dunia pagi ini akibat jangkitan COVID-19.

Beliau yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU, dilaporkan meninggal dunia pada jam 6.23 pagi tadi di Hospital KPJ, setelah menerima rawatan sejak dua minggu lalu.

Lajim yang juga bekas Ahli Parlimen Beaufort itu dimasukkan ke Hospital KPJ selepas disahkan positif COVID-19 ketika mendapatkan rawatan kerana kurang sihat sekembalinya dari lawatan kerja kerajaan negeri di Kudat pada 12 Ogos lalu.

Kesihatan bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah itu dilaporkan merosot selepas kira-kira seminggu dirawat sebelum ditidurkan pada awal minggu ini dan berada di dalam keadaan stabil sebelum meninggal dunia pagi ini. -WILAYAHKU – Azlan Zambry

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas