Berita

Lagu Patriotik Buat ZAKI YAMANI Selami Erti Merdeka

- Diterbit 29 Ogos 2020 10:30 PM MYT

TIDAK keterlaluan jika dikatakan mesej dalam lagu patriotik lebih mudah diterima oleh masyarakat terutamanya golongan muda yang sangat dekat dengan muzik. 

Golongan muda adalah bakal pemimpin yang akan menerajui negara, jadi medium seperti muzik atau lagu memainkan peranan yang sangat penting. 

Bagi Penyanyi remaja Zaki Yamani,14, yang juga anak kepada Datuk Jamal Abdillah ini, lagu patriotik membuatkan dirinya semakin memahami erti kemerdekaan.

“Tidak dinafikan wujudnya perbezaan cara pemikiran orang dewasa berbanding remaja, namun kami menunjukkan semangat cintakan negara dengan cara kami sendiri.

“Sebelum ini saya sering masuk pertandingan nyanyian mempertaruhkan lagu patriotik seperti lagu berjudul Warisan (nyanyian asal Allahyarham Sudirman).

“Jujur saya cakap lagu-lagu patriotik sangat memberi kesan kepada saya untuk terus sayangkan negara. Misalnya,  Kalau ceramah panjang pasal kemerdekaan, agak sukar untuk kami menghayatinya, tetapi dengan lagu mesej tersebut pasti sampai kepada kami.

“Jadi melalui lagu saya makin faham erti kemerdekaan,” katanya yang popular dengan lagu Percayaku.- WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas