Berita

Labuan Supermarket nafi pekerja positif Covid-19

PETUGAS kesihatan melakukan saringan ke atas pekerja pasar raya.
- Diterbit 14 Mei 2020 1:42 AM MYT

LABUAN – Labuan Supermarket dan Utama Jaya Superstore di sini, menafikan pekerjanya positif Covid-19 seperti tular di laman sosial.

Pengurus Labuan Supermarket, Lee Kiat Khim berkata, sebenarnya Jabatan Kesihatan Labuan menjalankan saringan Covid-19 di semua pasar raya di Labuan termasuk Labuan Supermarket dan Utama Jaya Superstore.

“Dengan ini, syarikat kami ingin membuat penafian terhadap berita yang telah viral itu,” katanya melalui status di Facebook.

Kiat Khim berkata, pihaknya mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Kesihatan Labuan di atas keprihatinan untuk membuat saringan kesihatan ke atas semua pekerja.

Sebelum itu, satu laporan telah dibuat oleh wakil pasar raya tersebut di Balai Polis Labuan pada pukul 7.30 malam semalam.

Laporan itu menyatakan pemeriksaan kesihatan yang dijalankan kepada pekerja pasar raya adalah saringan biasa ke atas premis yang mula beroperasi.

Labuan telah merekodkan sifar Covid-19 dan zon hijau sejak 17 April lalu. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas