Berita

Labuan Op rangkul juara E-Sport Mobile Legends Masjid Jamek An-Nur

KUMPULAN Labuan Op menerima sijil penyertaan dan hadiah wang tunai RM1,000 dalam Pertandingan E-Sport Mobile Legends Masjid Jamek An-Nur Labuan 2022 baru-baru ini.
- Diterbit 27 November 2022 8:00 AM MYT

KUMPULAN Labuan Op muncul juara bagi Pertandingan E-Sport Mobile Legends Masjid Jamek An-Nur Labuan 2022 yang diadakan baru-baru ini.

Kumpulan tersebut membawa pulang hadiahpertandingan itu yang merupakan wang tunai sebanyak RM1,000.

Naib johan disandang oleh kumpulan King Dunot untuk menerima hadiah wang tunai RM750. Manakala tempat ketiga dimenangi oleh kumpulan Just 4Relax membawa pulang hadiah wang tunai RM500.

Pertandingan yang dianjurkan oleh Labuan Esport dengan kerjasama Masjid Jamek An-Nur Labuan itu telah disertai lebih 60 peminat permainan Mobile Legends melibatkan penyertaan anak-anak muda.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Penolong Pengarah Kanan Cawangan Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan (JAWI), Ustaz Ghaus Musa.

Menurut Pengarah Program, Firdaus Ahmad, pertandingan yang julung kalinya diadakan ini bertujuan membina masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin, berakhlak tinggi dan bergerak maju dalam bidang sosial dan ekonomi serta membina masyarakat yang sihat, cergas dan berbudayasukan kearah perpaduan.

“Selain itu menyediakan platform anak muda menggunakan kebolehan bermain permainan mobile dalam persaingan yang sihat.

“Di samping itu mendekatkan anak muda untuk hadir ke masjid untuk solat berjemaah, bersosial dengan pelbagai lapisan masyarakat” katanya. -WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas