Berita

Labuan hanya tinggal dua kes aktif Covid-19

DATARAN Labuan lengang kerana PKP.
- Diterbit 27 April 2020 4:20 PM MYT

LABUAN – Labuan mencatatkan hanya dua kes Covid-19 dalam rawatan (kes aktif) dan masih mengekalkan kes terendah sebanyak 16 kumulatif kes setakat hari ini

Labuan telah merekodkan 14 kes sembuh berbanding 16 kes keseluruhannya dan tiada pesakit di bawah unit rawatan rapi (ICU).

Demikian menurut infografik yang telah dikeluarkan oleh Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis (CPRC) Labuan.

Labuan kini hanya ada dua pusat kuarantin iaitu di bangunan asrama Institut Latihan Perindustrian (ILP) dan Pusat Giat Mara, Rancha-Rancha yang masing-masing mempunyai kapasiti katil sebanyak 168 dan 125.

Labuan telah mencatatkan dua sub zon hijau iaitu Sub-Zone 2 dan Sub-Zone 1 manakala Sub- Zone 3 masih berada di zon kuning. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas