Berita

Labuan FSA sumbang 200 katil, 400 tilam kepada PKRC

RIZLAN (kiri) menyerahkan sumbangan katil, tilam dan bantal kepada PKRC yang diwakili oleh Dr Ishvinder (tengah) dan disaksikan oleh Pengarah JKM Ansharey (kanan). RIZLAN (kiri) menyerahkan sumbangan katil, tilam dan bantal kepada PKRC yang diwakili oleh Dr Ishvinder (tengah) dan disaksikan oleh Pengarah JKM Ansharey (kanan).
- Diterbit 5 Jun 2021 2:00 AM MYT

MEMAHAMI situasi peningkatan jangkitan COVID-19 di Pulau Bebas Cukai itu, Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) menyumbangkan 200 katil bertingkat, 400 tilam dan bantal kepada Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di Dewan Serbaguna Perbadanan Labuan dan Hospital Labuan.

Sumbangan kelengkapan itu bertujuan ­bagi membantu pihak Jabatan Kesihatan susulan peningkatan jumlah pesakit COVID-19 secara mendadak.

Pengarah Jabatan Tadbir Urus, Kumpulan Jaminan LFSA Mohd Rizlan Mokthar ­berkata, sumbangan itu merupakan ­hasil ­kutipan ­daripada beberapa syarikat Institusi Kewangan Antarabangsa (IBFC) bagi ­membantu ­pihak Jabatan Kesihatan dalam mengurus dan ­mengendalikan pesakit-pesakit COVID-19.

Katanya, ini merupakan salah satu ­tanggungjawab sosial korporat LFSA dalam membantu memastikan keperluan di PKRC ­dapat disalurkan.

“Saya mewakili LFSA mengucapkan ­terima kasih kepada penyumbang-penyumbang ­daripada peserta institusi kewangan di atas ­keprihatinan mereka.

Beliau berkata demikian ketika menyerahkan barangan kelengkapan itu kepada Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) yang diwakili Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Ansharey Matarsad, di Perkarangan Dewan Serbaguna PL pada Jumaat lalu.

Hadir sama, Timbalan Pengarah (Perubatan) Hospital Labuan Dr Ishvinder Singh Parmar.
Tambah Mohd Rizlan, pihaknya menzahirkan sokongan dan penghargaan kepada Jabatan- Jabatan Kerajaan dalam usaha memutuskan rantaian COVID-19, khususnya di Labuan.

“Kami (LFSA) berharap dengan adanya ­sumbangan itu dapat membantu meringankan beban pesakit dan kita berharap agar mereka cepat sembuh,” tambahnya. -WILAYAHKU- 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas