Berita

Labuan berstatus zon merah

- Diterbit 18 Oktober 2020 2:30 PM MYT

WILAYAH Persekutuan Labuan kini berstatus zon merah susulan penambahan kes positif COVID-19 hari ini.

Sebanyak sembilan kes positif COVID-19 telah dicatatkan hari ini menjadikan kumulatif keseluruhan kes tempatan sejumlah 45 kes dalam tempoh 14 hari.

Terdahulu, Labuan telah mencatatkan empat kluster iaitu Kluster Bah Bangat, Kluster Bah Bundle, Kluster Saguking dan kluster baharu Kluster Layangan.

Dengan pertambahan tersebut menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 120 kes direkodkan setakat hari ini. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas