Berita

KWP nafi sebarang penglibatan dalam pelaburan

- Diterbit 26 Februari 2021 9:37 AM MYT

KEMENTERIAN Wilayah Persekutuan (KWP) hari ini menafikan sebarang penglibatannya di dalam pelaburan patuh Syariah seperti dimuat naik di laman Facebook sebuah syarikat tidak dikenali.

Melalui posting daripada Syarikat Hanifa Capital bertujuan mempromosi pelaburan patuh syariah sambil memaparkan gambar Ketua Setiausaha KWP, Datuk Seri Rosida Jaafar, adalah tidak benar dan berniat jahat.

“KWP ingin tegaskan bahawa Ketua Setiausaha mahupun Kementerian tidak ada kaitan dengan promosi pelaburan patuh syariah serendah RM350 seperti didakwa dalam posting tersebut.

Posting daripada Syarikat Hanifa Capital itu dipercayai dilakukan oleh scammer bertujuan memperdayakan orang ramai untuk membuat pelaburan haram yang sangat berniat jahat serta mencemarkan imej Ketua Setiausaha KWP,” kata KWP melalui satu posting dimuat naik ke laman Facebook rasmi KWP.

KWP turut menyarankan mana individu menjadi mangsa dan terpedaya dengan modus operandi sendiket terbabit, dikehendaki segera membuat laporan polis. – SYAHIDI BAKAR – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas