Berita

KWP kaji semula peruntukan IKS di Labuan

santhara berkesempatan melihat
- Diterbit 18 September 2020 10:01 AM MYT

KEMENTERIAN Wilayah Persekutuan melalui Perbadanan Labuan akan mengkaji semula peruntukan yang diperlukan dalam menaik taraf dan membaik pulih keperluan bagi memajukan Industri Kecil Sederhana (IKS) di Labuan.

Timbalan Menterinya, Dato’ Seri Dr Santhara J.P berkata, perkara itu akan dibawa ke kementerian bagi membantu memudahkan permohonan kelulusan IKS di pulau bebas cukai itu.

“Kita telah meminta PL untuk mengkaji semula kos-kos yang diperlukan dalam menambah baik keperluan mereka dan kita akan bawa perkara ini ke kementerian untuk mendapatkan
keluluskan peruntukan kepada pengusaha IKS.

“Tanggungjawab kita adalah untuk membantu rakyat dalam pasca Covid-19 rakyat yang terjejas terutamanya pengusaha-pengusaha kecil. Kita akan bantu mereka (pengusaha) dalam menambah baik keperluan dan kemudahan asas dan sebagainya bagi membantu memajukan perusahaan mereka,” katanya.

Beliau berkata sedemikian ketika mengadakan lawatan di Perusahaan IKS Ikan Bilis di  Kampung Bebuloh Laut, di sini pada Jumaat lalu.

Hadir sama, Timbalan Ketua Eksekutif (Pengurusan) PL, Fadzilah Mahmud dan Ketua Kampung Bebuloh Laut, Samat Maidin.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas