Berita

KWP beri jaminan pertimbangkan semua pandangan pemilik tanah

SHAHIDAN (tengah) menerima cenderahati daripada Pewaris Utama Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi dalam program Jihad Dadah di Komplek Beli Belah Wangsa Walk di sini hari ini.
- Diterbit 25 Jun 2022 9:43 AM MYT

KEMENTERIAN Wilayah Persekutuan memberi jaminan akan mempertimbangkan semua pandangan pemilik rumah teres dalam urusan pengambilan tanah Kampung Sungai Baru, termasuk mereka yang masih belum bersetuju.

Menterinya Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, berkata pihak yang tidak berkaitan tidak seharusnya cuba menjadi hero, dengan memainkan isu demi untuk kepentingan peribadi.

Beliau berkata lebih banyak sesi perbincangan sedang dirancang bagi mendapatkan persetujuan daripada pemilik tanah.

“Pembangunan yang dirancang tidak boleh dihentikan kerana ini akan membahayakan mereka yang telah bersetuju.

“Mereka sudah berpindah empat tahun lalu dan tidak akan dapat masuk semula.ke rumah mereka kerana sudah tidak sesuai untuk diduduki lagi,” katanya ketika ditemui pemberita di Wangsa Walk Mall di Wangsa Maju pada Sabtu.

Isu pengambilan tanah mendapat perhatian media baru-baru ini selepas 37 pemilik menyatakan bantahan.

Ini selepas pemaju memulakan prosiding undang-undang, melalui Akta Pengambilan Tanah 1960, selepas gagal mendapatkan persetujuan daripada semua pemilik tanah di kawasan itu. —WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas