Berita

“Kritikan Mummy Pedas Tapi Berisi” – Baby Shima Pertahankan Mas Idayu

- Diterbit 10 Disember 2020 1:55 AM MYT

DALAM dunia ini, tidak semua orang sukakan kita. Mustahil untuk kita puaskan hati semua orang.

Begitulah yang dialami oleh penyanyi dan juri tetap program Lagu Cinta Kita musim kedua, Mas Idayu, yang dikritik kerana lantang memberikan komen jujur kepada para peserta program tersebut.

Penyanyi Baby Shima tampil mempertahankan Mas Idayu yang disifatkan banyak mendidiknya untuk menjadi lebih baik.

“Ada nampak mummy happy? Alhamdulilah.. sampai bila-bila Shima akan ingat. Terima kasih Mummy (panggilannya untuk Mas Idayu)

“Shima  ambil semua kritikan mummy  secara positif. Bagi Shima ia teguran membina dan Shima  belajar dari kesilapan ! Kritikan Mummy memang pedas tapi berisi.

“Setiap orang mempunyai cara berbeza takkan Mummy nak jadi orang lain yang bukan diri Mummy,” tulis Baby Shima di instagramnya. 

Bagi Shima, disebabkan kejujuran Mas Idayu dalam memberi komen menjadikan dirinya lebih yakin untuk pergi lebih jauh dalam bidang nyanyian.

“Kalau ada yang tak setuju dengan cara Mummy biarkan lah mereka Mummy, kerana teguran Mummy juga telah membuka jalan  yang lebih luas untuk Shima baik di Indonesia mahupun Malaysia.

“Bagi Shima adalah perkara biasa bila menonton program nyanyian di TV Indonesia terutama Dangdut Academy, Liga dangdut. Kena kritik,kena marah,  kalau salah tetap salah. Peserta sampai menangis,pengsan itu perkara biasa ! 

“Belajar dan terus belajar. Setakat Mummy tegur kat program TV Malaysia ni , bagi Shima tak adalah pedas pun.. biasa je.

“Sekali lagi terima kasih untuk  Mummy kerana teguran,kritikan dan ajaran itu lah mematangkan dan menguatkan Shima lagi.. Shima akan sentiasa ingat mummy. I LOVE U Mummy!” Luah penyanyi lagu Pura-Pura Bujang dan Roadblock Hatiku. 

Semoga Baby Shima terus sukses. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas