Berita

Kreativiti guru hasilkan cover Salam Aidilfitri

- Diterbit 19 Mei 2020 7:20 AM MYT

PELAKSANAAN Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu berjaya mengorek 1,001 perangai manusia, tidak kurang juga yang cuba menonjolkan kreativiti masing-masing sama ada dari segi masakan, tarian, gubahan lagu dan muzik mahu pun nyanyian.

Begitu yang dilakukan sepasukan guru di Wilayah Persekutuan Putrajaya baru-baru ini.

Mereka mengetengahkan kreativiti masing-masing melalui cover lagu raya, Salam Aidilfitri nyanyian kumpulan Hujan dan Raihan.

Klip video berdurasi 4.20 minit itu mula tular di media sosial selepas dimuat naik di Facebook 15 Mei lalu.

Difahamkan, idea tersebut merupakan cetusan daripada seorang guru dari Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9(1), Mohd. Rizal Omar.

Ujarnya, rakaman dan suntingan tersebut mengambil masa kira-kira dua minggu.

“Video klip ini gabungan guru-guru seluruh Putrajaya yang terdiri daripada guru bahasa isyarat dan bekas murid selepas perbincangan secara tidak formal dilakukan 27 April lalu.

“Saya rasa bersyukur kerana mereka semua amat ‘sporting’ dan memberi komitmen yang terbaik.

“Kita mengambil masa dua minggu untuk menghasilkannya kerana rakaman dilakukan di rumah masing-masing, suntingan video turut mengambil masa satu minggu,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas