Berita

Korea Selatan mahu pulihkan hubungan dengan Jepun

- Diterbit 15 Januari 2021 4:29 AM MYT

PRESIDEN Korea Selatan Moon Jae-in menyatakan perlunya memulihkan hubungan dengan Jepun ketika pertemuan dengan Duta Jepun ke Korea Selatan Koji Tomita pada Khamis, lapor Jiji Press.

Moon memberitahu Tomita bahawa Korea Selatan dan Jepun perlu memulihkan hubungan  berorientasikan masa depan secepat mungkin, menurut pengumuman pejabat presiden.

Hubungan kedua-dua negara tegang khususnya disebabkan isu ketika perang. Tomita akan meninggalkan Korea Selatan untuk berkhidmat sebagai duta ke Amerika Syarikat.

Korea Selatan dan Jepun adalah rakan kongsi paling penting antara satu sama lain dan berusaha untuk memastikan keamanan serta kestabilan Timur Laut Asia dan seluruh dunia, kata Moon kepada Tomita.

Moon turut bertemu Duta Korea Selatan ke Jepun Kang Chang-il, memintanya untuk mengusahakan dialog dengan Tokyo.

Walaupun terdapat masalah, ia sepatutnya tidak memberi kesan negatif kepada hubungan dua hala, sebaliknya ia mesti dibangunkan dengan kaedah berorientasikan masa depan, kata Moon. – BERNAMA

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas