Berita

Koronavirus: WHO isytihar darurat

PELAWAT pesakit perlu dinyah kuman dan memakai suit yang ditetapkan sebelum masuk ke wad.
- Diterbit 31 Januari 2020 3:17 AM MYT

GENEVA – Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengisytiharkan wabak Koronavirus baharu di China sebagai darurat kesihatan global selepas jumlah pesakit meningkat 10 kali ganda dalam tempoh satu minggu, lapor agensi berita AP.

Agensi Kesihatan UN menyifatkan isu kecemasan antarabangsa itu sebagai ‘peristiwa luar biasa’ kerana memberi risiko kepada negara-negara lain dan memerlukan penyelarasan respon antarabangsa.

Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, penyebaran virus yang berlaku itu turut membimbangkan negara-negara luar yang lain.

“Pengisytiharan ini bukan disebabkan apa yang berlaku di China sebaliknya tentang apa yang berlaku di beberapa negara lain.

“Perkara utama yang kita bimbangkan adalah potensi virus ini merebak ke negara-negara yang lemah sistem kesihatannya seperti kurang persediaan,” katanya.

Tedros berkata, pengisytiharan itu bermaksud tidak yakin dengan China sebaliknya, WHO percaya China mempunyai kapasiti untuk mengawal penularan wabak berkenaan. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas