Berita

Kontinjen pertama Kejohanan Bola Jaring tiba di Labuan

FARY AKMAL (depan, enam dari kanan) bersama kontinjen Kejohanan Bola Jaring yang baru tiba di Lapangan Terbang Labuan.
- Diterbit 5 Februari 2020 6:26 AM MYT

LABUAN- Kontinjen pertama bagi Kejohanan Bola Jaring Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) Malaysia tiba di Lapangan Terbang Labuan hari ini.

Kesemua mereka disambut Yang Dipertua MAKSAK Labuan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Dr. Fary Akmal Osman.

Kejohanan yang julung kalinya diadakan di Labuan itu melibatkan seramai 390 orang iaitu 130 ahli jawatan kuasa (AJK) MAKSAK Labuan, 20 AJK MAKSAK Malaysia dan 240 peserta yang terdiri daripada 16 kontinjen mewakili setiap negeri yang dijangka tiba di Labuan bermula hari ini dan esok. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas