Selebriti

Konsert Padi Reborn 25 Years… berhibur sambil beramal

|
- Diterbit 2 Disember 2022 6:21 AM MYT

PENGANJUR Konsert Padi Reborn 25, Qew Communications Sdn. Bhd. berhasrat menderma sebahagian daripada hasil penjualan tiket kepada persatuan bukan kerajaan kanak-kanak asnaf.

Menurut Pengarahnya, Datin Rahizahwati Yahya, niat murni tersebut mula tercetus selepas melihat sambutan hangat daripada peminat setia Padi di sini.

“Kami ingin berkongsi berita baik iaitu tiket Konsert Padi Reborn pada Sabtu ini habis terjual.

“Jadi, kami berhasrat untuk melakukan amal dengan menderma sebahagian wang jualan tiket kepada persatuan Asnaf.

“Setiap RM1 daripada penjualan tiket tersebut akan kami salurkan kepada rumah kebajikan terbabit,” katanya pada sidang akhbar Konsert Padi Reborn 25, semalam.

Konsert Padi Reborn 25 Years Live In Kuala Lumpur ini akan diadakan did Zepp, Kuala Lumpur.

 

Vokalis Padi Reborn, Fadly turut melahirkan rasa terharu apabila konsert mereka menjadi platform untuk mereka melakukan amal kepada golongan memerlukan.

“Tentunya perkara ini membuatkan kami lebih seronok untuk menghiburkan peminat setia, Sobat Padi pada Sabtu (3 Disember) nanti,” ujarnya yang tidak sabar untuk menemui peminat.

 

Dalam masa yang sama, selepas kali terakhir mengadakan konsert di Malaysia pada 2018, Padi Reborn akui begitu teruja mahu bertemu dengan para peminat di sini.

Tiket-tiket dengan harga RM209 (CAT 1), RM169 (CAT 2), RM339 (CAT 3), RM269 (CAT 4) dan RM6,000 (VIP) sudah mulai dijual mulai jam 11 pagi, 28 September 2021 lalu di  https://www.ticket2u.com.my  – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas