Berita

Komuniti, pelajar gotong-royong ceriakan sekolah

IBU bapa pelajar antara yang hadir dalam sesi gotongroyong di SMK Presint 5(1), Putrajaya baru-baru ini.
- Diterbit 21 Februari 2020 5:55 AM MYT

CERIA. Bagi mengindah dan menceriakan kawasan sekolah, Persatuan Belia Bakti Putrajaya (PBBP) mengadakan program gotong-royong di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Presint 5 (1), Putrajaya, 15 Februari lalu.

Program dengan kerjasama Majlis Perwakilan Penduduk Sub Zon 1 itu bertujuan memberi ruang kepada komuniti untuk menguruskan tempat belajar yang melahirkan ramai pelajar cermelang.

Pengerusi PBBP, Muhamad Syazmir Ahmad Najib berkata, program bermula pukul 8 pagi itu turut melibatkan pelajar, guru dan penduduk setempat.

“Kita mahu komuniti juga terlibat dalam membantu melahirkan pelajar cemerlang di samping menghiaskan semula sekolah dengan warna-warna cat baharu,” katanya.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas