Berita

Kluster baharu dikesan dari Pengerang

DATUK DR NOOR HISHAM ABDULLAH
- Diterbit 22 April 2020 10:37 AM MYT

PUTRAJAYA – Satu lagi kluster baharu dikesan bermula di Pengerang, Johor, Mac lalu hingga membabitkan 15 individu disahkan positif Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster itu dikesan pada 12 Mac selepas seorang individu mengalami gejala dan disyaki mengalami demam denggi.

Katanya, kes indeks ke-1508 itu kemudian merentas beberapa negeri dan sekitar Selangor sebelum pulang semula ke Pengerang pada 18 Mac.

“Pada 20 Mac, keadaan mangsa makin merosot dan dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah dan disahkan positif pada 22 Mac.

“Berikutan itu, kluster ini melibatkan 15 kes. 10 adalah rakan sekerja manakala lima lagi dari ahli keluarga termasuk ibu dan anak perempuannya, masing-masing berusia 79 dan 10 tahun,” katanya dalam sidang akhbar harian hari ini.

Jelas Dr Noor Hisham, lapan kes sudah pulih manakan tujuh kes dari kluster ini masih menerima rawatan.

“Tiga darinya dirawat di wad Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Jangkitan dalam kalangan ahli keluarga dipercayai berpunca daripada aktiviti kunjung mengunjung yang berlaku sehari sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas