Berita

KL mula dikunjungi

SUASANA di Jalan Imbi, Bukit Bintang dilihat mula dikunjungi orang ramai selepas Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur beralih ke Fasa 2 PPN. Kredit foto: Nazirul Roselan
- Diterbit 11 September 2021 8:40 AM MYT

CUTI hujung minggu dimanfaatkan warga kota untuk berkunjung ke Kuala Lumpur setelah Kerajaan mengumumkan bahawa bandaraya tersebut telah beralih dari Fasa 1 ke Fasa 2dalam Pelan Pemulihan Nasional (PPN) bermula Jumaat.

Tinjauan Wilayahku mendapati, kebanyakkan tempat tumpuan utama seperti di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Bukit Bintang, Jalan Ampang yang menempatkan kompleks beli-belah mulai dikunjungi warga kota walaupun ia tidak seperti dahulu.

Orang ramai juga dilihat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) manakala pengawal keselematan di beberapa kompleks beli-belah turut menjalankan pemeriksaan aplikasi MySejahtera. Mereka turut menjalankan pemantauan terhadap pengunjung demi memastikan SOP dipatuhi.

Keadaan di beberapa jalan raya utama terutama Jalan Bukit Bintang berhadapan Pavilion mengalami kesesakan ekoran pertambahan kenderaan.

Walau bagaimanapun, beberapa kompleks beli-belah seperti Sogo, Suria Kuala Lumpur City Centre (KLCC) dan Jalan Masjid India kelihatan lengang meskipun banyak premis-premis perniagaan mula dibuka kepada orang ramai. – WILAYAHKU –

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas