Berita

KKM tentukan SOP bawa balik jenazah warga Malaysia

- Diterbit 9 April 2020 9:08 AM MYT

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengeluarkan prosedur standard operasi (SOP) bagi membawa pulang rakyat Malaysia yang meninggal dunia akibat Covid-19 dari luar negara.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan tidak mempunyai masalah membawa balik jenazah tersebut.

Katanya, beliau difahamkan KKM membenarkan membawa balik jenazah dari luar negara akibat Covid-19.

“Namun KKM akan mengeluarkan SOP tersebut.

“Selain itu, jangan kita lupa, meninggal dunia di negara lain bererti tertakluk kepada undang-undang dan SOP negara berkenaan,” katanya dalam sidang akhbar harian di sini hari ini.

Beliau menjelaskan bagaimanapun, setakat ini tiada rakyat negara ini yang meninggal dunia akibat Covid-19 di luar negara. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas