Berita

KKM sangkal dakwaan pelaksanaan PKP tidak ikut undang-undang

KES baharu Covid-19 menurun selepas tiada lagi jangkitan dilaporkan melibatkan kluster depot Imigresen sebagaimana beberapa hari lalu.
- Diterbit 4 Jun 2020 10:23 AM MYT

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) menyangkal dakwaan sesetengah pihak kononnya pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak mengikut lunas undang-undang.

Sehubungan itu, tegas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, wabak Covid-19 merupakan pandemik baharu yang berlaku di seluruh dunia.

“Buat masa in, wabak Covid-19 dikategorikan di bawah Perkara 30, Jadual Pertama, Akta 342 iaitu apa-apa jangkitan microbial yang mengancam nyawa.

“Pindaan kepada Jadual Pertama, Akta 342 bagi menyenaraikan wabak Covid-19 sebagai penyakit berjangkit perlu dibuat melalui kuasa Menteri di bawah Seksyen 30, Akta 342,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Adham turut menafikan dakwaan bahawa wabak Covid-19 tidak diwartakan sebagai penyakit berjangkit di bawah Jadual Pertama, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas