Selebriti

Kisah Gadis Mangsa Seks 8 lelaki, Ini Nasihat LISDAWATI

|LISDAWATI bimbang dengan masalah sosial sekarang|VIDEO mangsa seks lapan lelaki ditemubual wartawan
- Diterbit 27 Jun 2020 10:05 AM MYT

PELAKON popular Lisdawati memberi respon terhadap sebuah video tular di media sosial tentang pengakuan seorang gadis yang pernah hidup ‘liar’.

Gadis tersebut mengaku pernah melakukan seks dengan lapan orang lelaki dalam satu masa.

LISDAWATI bimbang dengan masalah sosial sekarang

Ramai netizen yang meninggalkan komen termasuk Lisdawati bersimpati dengan nasib gadis yang tidak mendapat sepenuhnya kasih sayang daripada keluarga itu. 

Dalam komen tersebut, Lisdawati atau nama sebenarnya Nisdawati Nazaruddin,42,  memberi tip cara menegur anak.

“Ibu-ibu yang ada anak perempuan, sentiasalah ingatkan anak-anak bahaya maksiat.

“Pesan, kita akan bawa cek doktor untuk pastikan mereka masih bersih. Insya Allah, sedikit ugutan itu boleh mengingatkan mereka daripada terus tersalah langkah.

“Doa yang tak putus untuk keselamatan anak-anak. Pemeriksaan pula boleh dibuat di pakar sakit puan,” luah Lisdawati yang risau dengan masalah sosial yang berlaku di kalangan masyarakat. 

VIDEO mangsa seks lapan lelaki ditemubual wartawan 

Video daripada jentikhati.tv  tersebut yang berdurasi 3.09 minit itu turut memaparkan sisi positif mangsa seks lapan lelaki yang ditemubual itu yang sudah insaf dan ingin berubah.

Temubual tersebut sedikit sebanyak menyedarkan netizen terutama para ibu bapa agar memberi lebih perhatian kepada anak-anak yang dahagakan kasih sayang keluarga.- WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas