Khalid terima kunjungan guru besar sekolah agama Labuan

Khalid terima kunjungan guru besar sekolah agama Labuan

KUNJUNG HORMAT. Guru-guru besar Sekolah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan melakukan kunjungan hormat ke atas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd. Samad di pejabatnya di Menara Seri Wilayah, Putrajaya baru-baru ini.

Rombongan yang diketuai Penolong Pe­ngarah Bahagian Pelajaran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Cawangan Labuan, Mohd. Ghaus Musa itu disertai kira-kira 10 guru besar dari sekolah-sekolah rendah agama di di Labuan.

Dalam pertemuan tersebut, beberapa perkara telah disentuh me­libatkan hal ehwal murid, infrastuktur dan kemudahan pendidikan agama di Labuan.

Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )