Berita

Khai Bahar tidak bersandarkan populariti semata-mata

|KHAI beranikan diri menceburi bidang bisnes dengan produk K Slimz
- Diterbit 4 Mac 2021 9:43 PM MYT

IMPIAN penyanyi popular Khai Bahar untuk mempunyai bisnes sendiri akhirnya tercapai.

Perancangan untuk menceburi bidang perniagaan ini sudah lama dan hanya dapat direalisasikan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama iaitu pada Mac 2020 kerana pada ketika itu juga kegiatan seni tidak dapat dilakukan.

Baru-baru ini penyanyi lagu Luluh dan Durja ini telah mengeluarkan produk pelangsing, K Slimz iaitu minuman perasa coklat.

Bagi Khai, dia menyedari nama popular semata-mata bukan tiket mudah untuk dirinya berjaya dalam bisnes produknya itu.

“Mungkin satu kelebihan buat saya apabila mengeluarkan produk di saat nama sedang dikenali. Ia secara tak langsung membuatkan peminat ingin tahu tentang produk tersebut.

“Namun nama popular tidak cukup untuk melariskan produk, sebaliknya pasukan yang bagus dan kreatif dalam bisnes dalam talian sangatlah penting.

“Saya bersyukur mempunyai pasukan yang sangat memberi komitmen, berdedikasi dan sentiasa mengatur strategi terbaik untuk menaikkan nama produk ini,” katanya yang sudah bersedia berhadapan dengan dugaan dalam bisnes.

KHAI beranikan diri menceburi bidang bisnes dengan produk K Slimz

 

 

Menurut Khai Bahar, 27, atau nama sebenarnya Muhammad Khairul Baharuddin, dia memilih untuk mengeluarkan produk pelangsingan kerana pernah mengalami masalah berat badan sebelum ini.

“Sebab saya sendiri apabila berat badan naik, memang susah nak turun tambahan dengan jadual kerja saya yang dapat, kadangkala sukar mencari masa untuk bersenam.

“K Slimz adalah formula terbaik untuk wanita dan lelaki yang berkerjaya serta pada masa sama mahu mengekalkan kecergasan dan penampilan mereka,” kata Khai.

Menurutnya lagi, minuman coklat ini memang dapat membantu menyelesaikan masalah mereka yang menghadapi berat badan berlebihan, membakar lemak degil terutama pada bahagian perut, pinggul dan paha.

“Pengambilan K Slimz juga dapat membantu mengawal selera makan dan ini akan mempercepatkan lagi proses penurunan berat badan,” ujarnya lagi.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas