Berita

Ketua Pemuda Amanah meninggal dunia

KETUA Pemuda Parti Amanah Negara (PAN), Shazni Munir Ithnin. Gambar: Utusan KETUA Pemuda Parti Amanah Negara (PAN), Shazni Munir Ithnin. Gambar: Utusan
- Diterbit 6 Ogos 2021 8:19 AM MYT

KETUA Pemuda Pakatan Harapan Shazni Munir Mohd Ithnin meninggal dunia hari ini selepas beberapa minggu bergelut dengan jangkitan COVID-19.

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu dalam hantaran melalui Facebook memaklumkan pemergian Shazni Munir yang juga Ketua Pemuda Amanah, merupakan satu kehilangan bagi semua pihak.

“Ia satu kehilangan yang besar kepada kita semua. Saya amat terasa dengan kehilangan anak muda ini yang amat dekat dengan saya.

“Takziah saya ucapkan kepada ahli keluarga beliau, sahabat handai dan seluruh pendukung Amanah. Semoga dikurniakan setinggi-tinggi pengampunan oleh Allah dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh,” katanya.

Berdasarkan hantaran Facebook rasmi parti itu, Allahyarham Shazni Munir, 34, meninggalkan seorang balu dan anak-anak yang masih kecil. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas