Berita

Kes SHUIB, SARAH.. Tunggu Keputusan SPRM

- Diterbit 1 Oktober 2020 4:58 PM MYT

BERHUBUNG kes pelawak Shuib dan isterinya, penyanyi Siti Sarah, pihak pengurusan mereka, Nana Mohammad Rom berharap semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi sebaliknya menunggu keputusan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Seperti mana berita yang tersebar sejak petang tadi, pihak kami ingin membuat penjelasan mengenai apa yang berlaku melibatkan Shuib Sepahtu dan Siti Sarah Raissuddin yang telah dipanggil oleh pihak SPRM.

“Buat masa ini pihak kami tidak dapat mengeluarkan apa – apa kenyataan rasmi berkenaan perkara tersebut untuk tidak mengganggu siasatan pihak SPRM bagi menghormati sistem perundangan negara kita.

“Untuk makluman hanya keterangan Shuib sahaja yang diambil oleh pihak SPRM manakala Sarah hanya menemani suaminya sahaja.

“Namun apa yang kami dapat pastikan adalah kerjasama sepenuhnya telah diberikan kepada pihak SPRM untuk membantu siasatan.

“Setakat ini sahaja penjelasan yang dapat kami berikan berkenaan isu ini kerana pihak kami turut masih menunggu perkembangan selanjutnya dari pihak SPRM,” katanya menerusi sebuah kenyataan.

Sama-sama kita doakan semoga semuanya dapat diselesaikan dengan cara baik dan segalanya dipermudahkan. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas