Berita

Kes positif COVID-19 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya 8 Ogos 2021

- Diterbit 9 Ogos 2021 7:43 AM MYT

97.0% atau 1,896 kes positif Covid-19 di WP Kuala Lumpur dan Putrajaya pada 8 Ogos 2021 adalah daripada kategori 1 dan 2. Selebihnya, iaitu 3.0% atau 50 kes adalah dalam kategori 3, 4 dan 5. Bilangan kes tertinggi yang direkodkan pada hari ini adalah yang melibatkan kes kontak rapat sebanyak 994 kes (51.1%) manakala yang kedua tertinggi adalah kes sporadik dengan 637 kes (35%).

Perincian kes:

Jumlah Kes: 1,946

a. Pecahan mengikut kewarganegaraan:

– 1,429 Malaysians (73%)
– 517 Non-Malaysians (27%)

b. Pecahan kategori klinikal:

– 97% (1,896 kes) merupakan kes Kategori 1 & 2
– 3% (50 kes) merupakan Kategori 3-5
– 52.4% (1020 kes) Kategori 1
– 45% (876 kes) Kategori 2
– 0.8% (15 kes) Kategori 3
– 1.3% (26 kes) Kategori 4
– 0.5% (9 kes) Kategori 5

c. Status vaksin:

– 40% menerima minimum 1 dos vaksin: 769 kes
– 41% tidak menerima vaksin: 806 kes
– 19% tidak diketahui status: 371 kes

d. Pecahan mengikut kluster/kontak rapat/sporadik:

Hampir 2/3 (65%) atau 1,267 kes merupakan kluster dan kontak rapat dengan pecahan:

​ – 994 (51.1%) adalah kes kontak rapat
– 273 (14%) adalah kes daripada 13 kluster:

i. 8 Kluster Komuniti: 82 cases (4.2%)
– PPR Kg Baru Air Panas: 8 kes
– PPR Seri Semarak: 3 kes
– PPR Batu Muda: 7 kes
– Taman Koperasi Polis: 12 kes
– Taman Bukit Angkasa: 12 kes
– PPR Kerinchi: 19 kes
– PPR Pantai Ria: 11 kes
– Apartment Abdullah Hukum: 5 kes
– Apartment Sri Rakyat: 5 kes

ii. Tiada kluster Tempat Kerja: 0 kes

iii. 4 Kluster Tapak Bina: 182 kes (9.4%)
– Altimas Kuchai Sentral: 118 kes (kluster baru)
– Impression U-Thant: 15 kes (kluster baru)
– TRX Residence: 27 kes (kluster baru)
– Lebuhraya SUKE CA2: 22 kes

iv. 1 Kluster lain-lain: 14 kes (<1%)

e. Sebanyak 63 kes didaftarkan di WP Putrajaya pada hari ini (8 Ogos). Ringkasan adalah seperti berikut:

i. ​Sebanyak 46 kes (73%) merupakan jangkitan dari kontak rapat. Daripada jumlah ini, 25 kes merupakan jangkitan yang melibatkan 10 isi rumah yang sama manakala 21 kes lagi adalah kontak rapat dari ahli keluarga dan tempat kerja.

ii. 17 kes (27%) pula merupakan kes sporadik yang dikesan menerusi saringan bergejala dan kendiri di fasiliti swasta. Kes-kes ini tidak mempunyai sebarang kontak rapat dengan kes positif lain.

iii. Presint 9 kekal mencatatkan jumlah tertinggi harian iaitu sebanyak 19 kes (30%) diikuti oleh Presint 11 sebanyak 11 kes (17%) manakala Presint 17 mencatatkan sebanyak 8 kes (13%).

iv. Hanya 1 kes (1.6%) mengalami radang paru-paru (kategori 3) manakala 62 kes (98.4%) merupakan kategori 1 & 2 iaitu sama ada tidak bergejala atau bergejala ringan.

Ringkasan:

• Setelah 5 hari berturut-turut WPKL & Putrajaya mencatatkan kes melebihi paras 2,000, hari pertama Minggu Epid 32 (8 Ogos) merekodkan 1,946 kes iaitu penurunan lebih dari 500 kes berbanding semalam. Walaubagaimanapun, terdapat 4 kluster baru diisytiharkan pada hari ini yang mana 3 merupakan kluster dari sektor pembinaan. Kes tertinggi dicatatkan oleh tapak bina Altimas Kuchai Sentral di Jalan Kuchai Maju 9 dengan 118 kes, diikuti oleh TRX Residence dengan 27 kes dan Impression U-Thant dengan 15 kes. Perlu diberi perhatian ialah tapak bina Impression yang telah mencatatkan kluster ke-2 pada tahun ini (episod 1 pada Mac 2021) iaitu kurang dari tempoh 6 bulan manakala Ixora Apartment di Jalan Rusa kerap mencatatkan kes dari kalangan pekerja tapak binaan Tun Razak Exchange (TRX).

• Seperti dinyatakan, kes dalam kluster yang mencatatkan 14% daripada jumlah keseluruhan (berbanding 5% semalam) disumbangkan oleh kluster tapak bina yang turut menyebabkan peningkatan kes dalam kalangan warga asing (27% berbanding 19% semalam). Pengesanan kluster ini berpunca dari saringan bergejala (bagi tapak bina Impression), saringan sebelum memulakan kerja (bagi tapak bina TRX) dan saringan di tapak bina atas arahan majikan (tapak bina Altimas).

• Pergerakan yang bebas di dalam rumah yang tidak sesuai untuk dijalankan isolasi kendiri bagi kes positif terutamanya di PPR, perumahan awam dan lokaliti berstrata yang tidak kondusif mendorong kepada peningkatan kes sporadik dan kontak rapat dalam kalangan ahli keluarga dan komuniti.

• Peratusan kes yang mengalami radang paru-paru menurun sedikit kepada 3% pada hari ini iaitu sebanyak 50 kes berbanding 96 kes yang dicatatkan semalam. Sebanyak 9 kes baru didaftarkan pada hari ini yang memerlukan bantuan ventilator di ICU.

“Perangi Covid-19: Tingkatkan Usaha, Menang Bersama”

Pusat Peyelarasan dan Pengurusan Covid-19 Wilayah Persekutuan (CCMC-WP)
9 Ogos 2021

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas